REFLEKSI

Republic Polytechnic - 31st August 2007
'REFLEKSI'

SRIWANA proudly presents a dance production entitled ‘Refleksi’ or ‘Reflection’

Date : 31 st August 2007
Venue : Republic Polytechnic, The Republic Cultural Centre, Theatre
Time : 8 pm
Ticket : $16 / $20

*$16/$20 - Purchase of 1 time only - buy group of 10 get 10% (one time occurance only)
$12 for students (must produce student pass COMPULSORY)

Music accompaniment from Sri Mahligai

BERITA HARIAN - Sabtu, 15 September 2007
Oleh Izad Omar

REFLEKSI seni, menatang budaya. Itulah yang dapat saya rumuskan menerusi perbualan singkat bersama penerbit Refleksi, jurutari Mohd Fauzi Anwar. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1950, Sriwana, adalah antara segelintir kumpulan seni yang dapat bertahan hingga kini.

Separuh abad setelah jabatan tariannya ditubuhkan, Sriwana kini mula menjenguk ke belakang dan melihat apa yang ditinggalkan tapi tidak dilupakan. Sopenah Somad, Tengku Yohanet Husny dan Madam Ah Choon adalah nama-nama yang membuka langkah pertama Sriwana pada 1957.

Walaupun ramai yang sudah tidak terdaya melawan arus keadaan yang menjurus ke arena hip hop, anak-anak muda Sriwana yang merupakan penyambung nadi tarian seni Melayu nampaknya kian gigih dan bersemangat memperjuangkan salah satu khazanah yang tinggal untuk kita banggakan.

Menerusi Refleksi, Sriwana cuba memperlihatkan arus kemodenan yang tidak mampu ditentang tapi boleh diolah dan dibanggakan dengan identiti kita sendiri. Penonton diajak menyaksikan beberapa tarian tradisional yang meniupkan semangat kemelayuan dalam diri dan memberi kesedaran betapa indahnya tarian Melayu yang kini hampir ditinggalkan dan dilabel 'kental' oleh sebahagian anak muda. Selendang Mayang, Ayam Jantan dan Joget Hitam Manis adalah antara beberapa persembahan yang disajikan dalam Refleksi untuk memperingati jasa-jasa pereka tari daripada era 1970-an dan 1980-an.

Bertolak daripada segmen pertama ini, penonton dibawa pula ke era moden apabila rentak bertukar dan langkah diubah suai mengikut suasana tetapi masih lengkap dengan unsur Melayu yang menjadi wadah penonton malam itu. Demam Cosmo, Pelita Hidup dan Ketenangan mengetengahkan bakat-bakat muda Sriwana yang harus diakui kehebatannya.

Refleksi mampu menjadi wadah untuk pengenalan budaya kita kepada masyarakat luar. Dengan kerjasama orkes Sri Mahligai, Sriwana kini menunjukkan mereka masih lagi bertaring dalam memperjuangkan khazanah lama kita. Bersama tenaga kerja muda dan peluang yang ada, Sriwana nampaknya semakin maju dan bersedia untuk memperkenalkan tarian mereka kepada penonton bukan Melayu di luar negara. Sriwana telah pun ke beberapa negara, menyajikan seni mereka dan membawa pulang teknik baru yang dipelajari di negeri orang, lalu disalurkan di dalam persembahan mereka. Sayangnya tidak banyak daripada kita semua yang sedar akan kemajuan ini dan masih lagi dalam kegelapan terhadap pejuang-pejuang muda ini. Mungkin apa yang anak-anak muda ini perlukan ialah pendedahan media supaya mereka lebih dikenali dengan lebih dekat lagi.

Zannury Zakarea, wajah yang tidak asing lagi di pentas Sriwana, nampaknya semakin tajam dengan langkah dan karismanya di pentas. Melihatkan kebolehan beliau, tidak hairanlah jika satu hari nanti, Zannury akan mengikut jejak langkah Mohd Fauzi Anwar yang tidak diragui akan kebolehannya di medan tari. Inilah bintang yang harus disemai untuk terus menyinari dan memelihara khazanah Melayu yang kian dilupakan oleh segelintir anak muda Singapura.
Nota: Penulis adalah penggiat teater tempatan.
Janur Berseni VCD is out now!
For orders, pls email to joji_boy2002@yahoo.com or call us at 63231956.
Get your orders now while stocks lasts!


Latest Happenings & Services :
Interested in all Sriwana's activities and productions? You may now get the latest upcoming productions and special highlighted performances all under one page.

Go to "Upcoming Events"
Need a kompang group or a dance performance for your wedding?
Come and view our "Wedding Page"for your one-stop solution to all wedding queries.

Go to "The Wedding Page"
View videos from our recent and previous projects at "Multimedia".

Go to "Multimedia Page"
 Back 
Copyright © Sriwana 2001-2007. All Rights Reserved.