Bengkel Tarian dan Kompang 2018


Sriwana membuka pendaftaran bagi Bengkel Tarian dan Kompang Disember ini!

Kami membuka pendaftaran Bengkel Tarian dan Kompang Sriwana untuk Remaja atau Dewasa yang berumur 13 tahun keatas dan Cilik berumur 5 tahun hingga 11 tahun.

Bengkel ini akan membimbing peserta baru dalam Bengkel Tarian untuk mengenali Tarian Melayu Asas dan bermacam-macam lagi aktiviti seni. Semua peserta baru untuk Bengkel Tarian akan menjalani kelas latihan seminggu sekali selama 6 bulan. Peserta Kompang yang baru pula akan menjalani latihan Kompang seminggu sekali.

Kelas bagi Bengkel Sriwana 2018 bakal bermula pada bulan Januari 2018.

Untuk yang berminat, pendaftaran akan berlangsung pada 16 Disember, Sabtu, jam 2 petang hingga 6 petang. Sila datang untuk sesi ujibakat di pejabat Sriwana di Goodman Arts Centre, 90 Goodman Road, #01-25, BLK D. Setiap peserta akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak $15.

Hubungi Sdr. Jojo 9646 8465 atau Sdri. Ziela 9424 2576 untuk sebarang pertanyaan. Isikan borang penyertaan di https://goo.gl/forms/xVsHOkl0HoLt6Zio1